PERLEMBAGAAN KELAB

PERLEMBAGAAN PERSATUAN ISCF

 

  1. NAMA DAN ALAMAT

SACRED HEART INTER-SCHOOL CHRISTIAN FELLOWSHIP (ISCF), SMK SACRED HEART

 

  1. MATLAMAT

·         Memperkenalkan Yesus kepada pelajar dan membolehkan pelajar lebih mengenali Yesus.

 

  1. OBJEKTIF
    • Menolong pelajar dari segi rohani dan emosi
    • Memimpin pelajar Kristian terus maju dalam hal agama
    • Mempertingkatkan disiplin pelajar
    • Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia
    • Memimpin pelajar mengamalkan ajaran agama
    • Melahirkan pelajar yang seimbang

 

  1. KEAHLIAN

4.1   Dibuka kepada semua pelajar sekolah SMK Sacred Heart kecuali pelajar Muslim

 

  1. GURU PENASIHAT

5.1   Sebagai pemimpin

5.2   Seorang guru yang mengasihi Tuhan dan pelajar

5.3   Membantu membuat program bersama AJK  dan membuat keputusan muktamad

 

  1. AHLI JAWATANKUASA

6.1   Dilantik semasa Mesyuarat Agung melalui undian.

6.2   Mesti merupakan seorang Kristian dan mempunyai asas keagamaan yang kukuh.

6.3   Ahli AJK dan bidang tugas/ tanggungjawab:

AJK

Bidang tugas / tanggungjawab

Pengerusi

主席

  • Mengetuai mesyuarat am
  • Memastikan barisan AJK mengendalikan kerja dengan lancar dan baik
  • Memastikan kerja setiap kumpulan dilaksanakan mengikut rancangan yang dibuat
  • Merujuk kepada guru penasihat apabila mempunyai kemusyikilan dan menghadapi masalah
  • Berinteraksi dengan pihak sekolah melalui guru penasihat

Naib pengerusi

副主席兼查账

  • Membantu pengerusi
  • Menjalankan tugas pengerusi sekiranya pengerusi tidak ada
  • Menjalankan tugas sebagai juruaudit

Setiausaha

文书

  • Menghadiri sebarang mesyuarat yang diadakan
  • Mengumpul, mencatat dan mendokumentasikan semua laporan / minit mesyuarat
  • Bertanggungjawab ke atas hal-hal surat-menyuraat
  • Mengedarkan surat pemberitahuan mesyuarat kepada setiap AJK
  • Membuat rekod aktiviti/ perjumpaan / mesyuarat

Timbalan setiausaha

副文书

  • Membantu setiausaha
  • Menjalankan tugas setiausaha sekiranya setiausaha tidak ada

Bendahari

财政

  • Mengumpul dan mengemaskinikan semua akaun Persatuan
  • Melaporkan akaun semasa  apabila mesyuarat dijalankan
  • Bertanggungjawab ke atas harta benda persatuan
  • Mengendalikan hal-hal kewangan secara cekap. Sekiranya perbelanjaan melebihi RM20, mesti dapatkan kebenaran daripada pengerusi dan guru penasihat.

Komiti Pembinaan Jiwa

栽培组

 

  • Membentuk cell-group dan melaksanakan sharing antara satu sama lain di bawah pimpinan seorang ketua.
  • Membeli dan memperkenalkan pelbagai jenis bahan bacaan spiritual
  • Mengadakan ujian kitab dan kuiz kitab
  • Menganjurkan Tema Talk
  • Menggalakkan pelajar supaya mengamalkan sifat membaca kitab suci untuk membina akhlak suci
  • Menggalakkan pelajar baptized

Komiti Hal Ehwal

公民组

  • Bertanggungjawab ke atas perhiasan lokasi, bersiap sedia bagi sebelum dan mengemaskini bagi selepas sesuatu aktiviti dijalankan
  • Menggalakkan penglibatan ahli dalam menjalankan ‘kerja amal’ secara aktif
  • Menjaga asset ISCF
  • Menyediakan boring maklumat ahli
  • Membantu guru memasukkan data kehadiran setiap bulan dan menghitung % kehadiran ahli.

Komiti Kesaksian

见证组

 

  • Mengadakan perkongsian kesaksian
  • ]mengetuai program ‘doa’ dan menyediakan ‘petition’
  • Menggalakkan ahli menulis esei berkaitan dengan agama
  • Menggalakkan ahli mempunyai kehidupan yang berasaskan doa

Komiti Persahabatan

团契组

 

  • Mengagihkan kad hari jadi dan mengadakan majlis hari jadi  dua kali setahun
  • Mengadakan workship bagi mengeratkan selaturahim antaara AJK dan ahli
  • Mengambil berat terhadap ahli
  • Bertanggungjawab terhadap file bagi ‘Hymns’
  • Mengadakan pertandingan, contohnya melukis, menyanyi dan persembahan artikel yang berkaitan

Komiti Penginjilan

佈道组

 

  • Menganjurkan ‘Gospel Rally’ sekali setahun
  • Mengadakan Good Friends’ gathering
  • Memperkenalkan agama Kristian kepada pelajar-pelajar melalui ahli.

 

  1. KEWANGAN

7.1   Sumber kewangan utama adalah melalui ‘offering’ daripada setiap ahli

7.2   Persatuan juga memperoleh kewangan daripada Logos Methodist Church

 

  1. AKTIVITI

8.1   Dijalankan sepeerti yang dirancang dengan mesyuarat AJK

8.2   Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh pengerusi bersama guru penasihat dan akan diumumkan kepada semua ahli melalui papan notis.

 

  1. PERATURAN-PERATURAN

9.1   Peraturan sekolah menjadi peraturan asas

9.2   Peraturan-peraturan khas adalah seperti berikut dan mesti dipatuhi.

·         Tidak boleh datang lewat iaitu sebelum 12:20pm

·         Tidak boleh makan semasa perjumpaan diadakan.

 

  1. HAL-HAL LAIN

 

 

 

 

Tandatangan           ________________   _______________  _______________

                                        Setiausaha                Pengerusi             Guru Penasihat

 

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan Sekolah

 

 

 

_________________     Cop Sekolah:                                    Tarikh:__________

     Pengetua

Latest news 23. May - This is a sample blog post describing your latest news. Here you can post news about your company or blog about any other subject that comes to mind. This post can be deleted in the News & Blog section below by clicking the Delete link for this post.